ANALISIS PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SITI NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD NOOR - D2021109931)

NAMA : SITI NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD NOOR
NO. MATRIK : D20211099231
IPTA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK DENGAN KEPUJIAN

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu falsafah yang berkonsepkan elektik. Matlamat yang ingin dicapai daripada falsafah ini ialah falsafah ini sebagai satu usaha dalam memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan beresepadu sekaligus melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencapai hasrat ini, oerubahan dalam sistem pendidikan telah dilakukan pembahagian bermula dari Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan seterusnya berpecah kepada Kurikulum Sekolah dan Kurikulum Rasmi yang terbahagi kepada dua iaitu Kurikulum Formal dan Tidak Formal. Tujuan perubahan dalam sistem pendidikan in juga bagi mewujudkan pelajar yang bercirikan 'Global Player' iaitu antaranya berdaya saing dan mempunyai jati diri. Ciri lain adalah seperti warganegara bertanggungjawab dan pekerja yang berilmu.

    Perubahan sistem pendidikan adalah sangat pnting untuk memastikan setiap pelajar sentiasa bergerak aktif ke arah tahap yang baharu. Tanpa perubahan, pelajar akan masih berada di takuk yang lama dan menyukarkan misi untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermula dengan Kurikulum Kebangsaan iaitu Kurikulum Rasmi yang diuruskan oleh bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia yang memilih kandungan seragam serta melibatkan kurikulum dari prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah bahkan hingga ke pendidikan tinggi dan sistem ini kemudian ditukar semasa di sekolah dengan Kurikulum Sekolah yang lebih memperincikan pendidikan kepada para pelajar. Perubahan ini adalah sangat baik kerana objektif yang hendak disampaikan kepada pelajar akan lebih jelas. Hal ini kerana, kurikulum sekolah akan melibatkan jabatan, institusi, panitia dan yang paling terdekat dengan pelajar iaitu guru. Jika pengisian pendidikan yang disampaikan hanya sekadar melalui Kurikulum Kebangsaan dan tidak dibawa perubahannya kepada perngkat sekolah, para pelajar akan lebih sukar untuk memahami kandungan ynag ingin disampaikan. Peringkat sekolah mengandungi aktiviti pembelajaran berdasarkan unit serta penglibatan kokurikulum secara seragam berdasarkan pemilihan dari peringkat kebangsaan. Justeru, perubahan dari istem pendidikan Kurikulum Kebangsaan kepada Kurikulum Sekolah adalah sangat penting supaya pelajar lebih faham sekaligus meningkatkan potensi dalam mencapai hasrat FPK.

    Seterusnya, perubahan dalam sistem pendidikan mengikut peringkat dan kategori pendidikan juga adalah sangat penting. Seiring dengan usia para pelajar, minda para pelajar juga menjadi lebih matang dan membolehkan para pelajar untuk bergerak ke fasa pendidikan seterusnya. Terdapat tiga tahap pedidikan di Malaysia iaitu tahap pendidikan wajib 11 tahun dan tahap pendidikan lepasan menengah serta tahap pendidikan tinggi. Perubahan tahap pendidikan ini mampu untuk membantu pelajar antaranya ialah mendapatkan lebih pengalaman serta ilmu yang lebih tinggi di mana pendidikan yang tinggi juga adalah satu bukti kemajuan sesebuah negara. Hal ini kerana sepanjang tempoh perubahan pendidikan, para pelajar akan menghadapi peniliaian yang seterusnya akan meningkatkan nilai berdaya saing serta menguji intelektual pelajar. Perubahan tahap pendidikan juga mampu untuk membantu pelajar membaiki penguasaan dalam aspek rohani serta emosi memandangkan pendidikan ini adalah satu pendidikan berterusan sepanjang hayat. Pendidikan ini juga berubah melalui aspek kurikulum tidak formal dan kurikulum formal yang juga terkandung antaranya ialah aktiviti kokurikulum yang bakal turut juga membantu dari aspek jasmani kerana penglibatan kelab aktiviti sukan. Oleh itu, hasrat FPK semakin senang untuk dicapai melalui perubahan dalam sistem pendidikn yang mempunyai tahap-tahap yang berubah mengikut usia dan kematangan pelajar.

    Selain itu, perubahan dalam sistem pendidikan yang dapat membantu mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan  ialah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ditukar menjadi dua bentuk yang berbeza iaitu  Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Perubahan ini menjadi satu cara yang penting kerana ia melibatkan perubahan yang berkaitkan dengan cara pembelajaran mengikut abad yang terkini. KSSM secaa asasnya adalah diwujudkan bagi pelajar ynag melanjutkan pembelajaran ke peringkat menengah rendah iaitu pada usia 13 hingga 15 tahun dan menengah atas iaitu usia pelajar 16 hingga 17 tahun. KSSM ini adalah satu pendidikan yang berasaskan standard. Perubahan KSSM ini yang dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama Standard Kandungan menumpukan kepada pernyataan spesifik yang perlu diketahuioleh murid. Standard ini dijalankan semasa tempoh persekolah melibatkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Sistem pendidikan ini berubah apabila mengaplikasikan Standard Pembelajaran yang melibatkan guru sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja manakala murid akan menjalankan pelbagai aktiviti secara kolaboratif atau individu termasuklah melakukan aktiviti berkaitan inkuir penemuan, perbincangan dan penyelesaian masalah. Hasil daripada kedua-dua standard ini, pelajar akan diuji melalui pentaksiran formatif sekaligus menguji keseluruhan komponen seperti intelek, jasmani. rohani dan emosi semasa aktiviti di jalankan. Maka benarlah bahawa perubahan sstem pendidikan dalam KSSM dengan membahagikannya kepada dua standard adalah tindakan yag tepat bagi mengejar hasrat FPK.
 
    Sebagai penutup analisis, perubahan demi perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah sangat penting untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu sekaligus melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tanpa perubahan dalam sistem pendidikan ini, negara tidak akan dapat bergerak pantas untuk berada seiring dengan negara-negara yang lebih maju keran berada pada lopak yang sama tanpa usaha mengasah keupayaan setiap individu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui perubahan dalam sistem.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan ahli kumpulan 8

PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA (ZUL FIKRAN BIN SALMAN - D20211099233)