PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA (ZUL FIKRAN BIN SALMAN - D20211099233)
NAMA : ZUL FIKRAN BIN SALMAN
NO MATRIK: D20211099233
IPTA :UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK DENGAN KEPUJIAN
Ketamadunan dan nama sesebuah negara bangsa dipengaruhi oleh sistem pendidikan. Hal ini menyebabkan, seseorang individu yang tidak mempunyai pendidikan akan dianggap mundur. Dalam konteks ini, kurikulum tidak formal sangat memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat pendidikan di Malaysia iaitu dapat membangkitkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada agama, dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, dan negara.
Salah satu peranan kurikulum tidak formal ialah dapat melahirkan tenaga kerja mahir, berilmu dan kreatif. Hal ini kerana, untuk memastikan bakal perkerja dipersiapkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang diperlukan untukmembangunkan ekonomi negara. Sebagai contoh, dalam bidang kejuruteraan dan teknikal sangat memerlukan tenaga kerja yang mahir suapaya dapat memperkembangkan industri di dalam Malaysia. Kesannya, negara kita kan dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk meningkatkan nama negara kita di seluruh dunia.
Selain itu, peranan kurikulum tidak formal ialah dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu. Hal ini sangatlah penting kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Perpaduan dapat dipupuk dari bangku sekolah lagi dengan adanya kurikulum tidak formal di sekolah. Kita juga dapat mengelakkan perpecahan kaum seperti yang berlaku pada 13 mei 1969 yang telah menyebabkan negara kita berada dalam keadaan huru-hara. Setiap individu dapat mempelajari cara untuk menghormati budaya lain dan dapt melahirkan masayrakat yang bertolak ansur.
Akhir sekali, kurikulum tidak formal juga berperanan dalam menerapkan aspek-aspek ajaran agama yang baik daslam pendidikan. Hal ini disebabkan sekolah merupakan institusi yang memerluakn susuasana yang beragama. Pembelajaran di dalam kelas kurang mampu untuk menerapakan nilai murni beragama dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pelbagai program bina insan dan dakwah perlu perlu memainkan peranan dan persekitaran yang baik juga penting dalam usaha menanam akhlak yang baik pada diri pelajar.
Comments
Post a Comment