Posts

Pengenalan ahli kumpulan 8

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua! 🌸 Selamat datang dan terima kasih kami ucapkan kerana sudi singgah ke blog kami.  Pada kali ini, kami dari kumpulan 8 akan membawa anda ke sebuah perbincangan mengenai Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan lebih terperinci di bawah beberapa tajuk kecil. Sebelum ke perbincangan selanjutnya, adalah baik bagi kita ke sesi kenal-kenalan bersama ahli kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada empat mahasiswa iaitu tiga orang siswa dan seorang siswi daripada Fakulti Sains dan Matematik.

MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (MUHAMMAD HIDNI ILMAN BIN AB HALIM FAUZI - D20211099230)

NAMA : MUHAMMAD HIDNI ILMAN BIN AB HALIM FAUZI NO. MATRIK : D20211099230 IPTA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK DENGAN KEPUJIAN MATLAMAT PENDIDIKAN Memberikan peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, sosial, emosi dan jasmani. Membentuk seseorang individu menjadi warganegara yang progresif, mahir, cekap serta bertanggungjawab Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu dan cintakan tanah air  Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah mempengaruhi perubahan kurikulum dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Terdapat beberapa komponen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah seperti berikut: Kurikulum kebangsaan: Kurikulum kebangsaan merupakan suatu pro...

ANALISIS PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SITI NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD NOOR - D2021109931)

NAMA : SITI NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD NOOR NO. MATRIK : D20211099231 IPTA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK DENGAN KEPUJIAN      Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu falsafah yang berkonsepkan elektik. Matlamat yang ingin dicapai daripada falsafah ini ialah falsafah ini sebagai satu usaha dalam memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan beresepadu sekaligus melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencapai hasrat ini, oerubahan dalam sistem pendidikan telah dilakukan pembahagian bermula dari Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan seterusnya berpecah kepada Kurikulum Sekolah dan Kurikulum Rasmi yang terbahagi kepada dua iaitu Kurikulum Formal dan Tidak Formal. Tujuan perubahan dalam sistem pendidikan in juga bagi mewujudkan pelajar yang bercirikan 'Global Player' iaitu antaranya berdaya saing dan mempunyai jati diri. Ciri lain adalah seper...

KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAHKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (TUAN MUSTAQIM BIN TUAN RUSLAN - D20211099232)

NAMA : TUAN MUSTAQIM BIN TUAN RUSLAN NO.MATRIK : D20211099232 IPTA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK DENGAN KEPUJIAN      Menurut tokoh Kelly, A.V (2009), kurikulum ialah "the range of courses from which students choose what subject matters to study, and a specific learning program. In the latter case, the curriculum collectivity describes the teaching, learning and assessment materials available for a given course of study". Manakala menurut akta Pendidikan 1996 kurikulum merupakan suatu aktiviti yang wajib dilaksanakan dalam semua sekolah kerajaan dalam bentuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Justeru, kurikulum mengandungi beberapa perkara seperti sukatan pembelajaran, mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum seperti sukan, aktiviti kelab dan persatuan. Aktiviti kurikulum in telah dilaksanakan bagi pelajar-pelajar sekolah. Walaupun kurikulum ini khas bagi pelajar-pelajar , kalangan lain ...

PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA (ZUL FIKRAN BIN SALMAN - D20211099233)

NAMA : ZUL FIKRAN BIN SALMAN NO MATRIK: D20211099233 IPTA :UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK DENGAN KEPUJIAN     Ketamadunan dan nama sesebuah negara bangsa dipengaruhi oleh sistem pendidikan. Hal ini menyebabkan, seseorang individu yang tidak mempunyai pendidikan akan dianggap mundur. Dalam konteks ini, kurikulum tidak formal sangat memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat pendidikan di Malaysia iaitu dapat membangkitkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada agama, dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, dan negara.       Salah satu peranan kurikulum tidak formal ialah dapat melahirkan tenaga kerja mahir, berilmu dan kreatif. Hal ini kerana, untuk memastikan bakal perkerja dipersiapkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang diperlukan untukmembangunkan ekonomi negara...