MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (MUHAMMAD HIDNI ILMAN BIN AB HALIM FAUZI - D20211099230)
NAMA : MUHAMMAD HIDNI ILMAN BIN AB HALIM FAUZI
NO. MATRIK : D20211099230
IPTA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BIDANG : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK DENGAN KEPUJIAN
MATLAMAT PENDIDIKAN
- Memberikan peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, sosial, emosi dan jasmani.
- Membentuk seseorang individu menjadi warganegara yang progresif, mahir, cekap serta bertanggungjawab
- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu dan cintakan tanah air
- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah mempengaruhi perubahan kurikulum dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Terdapat beberapa komponen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah seperti berikut:
- Kurikulum kebangsaan: Kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid. Selain itu, melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam nilai-nilai murni yang diperlukan.
- Kurikulum sekolah: Kurikulum sekolah ialah rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah bagi mencapai objektif pendidikan. Terdapat 2 bahagian kurikulum sekolah iaitu:-
i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran yang dilaksana
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
ii. Bahagian yang meliputi aktiviti di luar bilik darjah iaitu aktiviti kokurikulum seperti
kegiatan sukan, persatuan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.
- Kurikulum rasmi: Kurikulum yang diwartakan dan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara merangkumi kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah. Kurikulum rasmi dibawah tadbir pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Kurikulum formal: Sebagai kurikulum akademik yang mengandungi mata pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa, kemanusian, sains dan vokasional. KPM membekalkan dokumen standard kurikulum dan prestasi untuk KSSR dan KSSM sebagai panduan kepada guru-guru untuk mentafsir dan dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Kurikulum tidak formal: Melibatkan aktiviti kokurikulum dan kurikulum tersembunyi yang bertujuan untuk melengkapkan pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang khususnya dalam aspek kemahiran, nilai dan budaya.
- Kokurikulum: Aktiviti kokurikulum antara salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan kerana KPM menwajibkan setiap pelajar wajib menganggotai kelab, persatuan, permainan dan unit beruniform.
- Kurikulum tersembunyi: Kurikulum tersembunyi dikenali sebagai kurikulum tidak nyata kerana berlaku secara langsung dan tidak langsung. Hal ini kerana kurikulum tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang. Kurikulum tersembunyi yang dirancang kerana pelaksanaannya dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan guru-guru.
Comments
Post a Comment